SELAMAT DATANG KE PORTAL PRA SEKOLAH. KOMEN DAN NASIHAT AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH

Thursday, April 1, 2010

SEMURNI BICARA

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru di era arus perdana yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.

Saturday, March 27, 2010

FASA II

Sebulan telah berlalu fasa praktikum ku yg bermula 10 jan. 2011 yg lepas. Gembira dan senang dengan fasa kedua praktkum ku dkali ini memandangkan penerimaan baik dr semua pihak. Murid-murid pra pun best sporting sgt. Cikgu ct yayang cmua.. ahaks.

Penilaian yang dijalankan di prasekolah adalah penilaian ke atas perkembangan kanak-kanak yang merangkumi domain afektif, kognitif dan psikomotor. konsep dan prinsip penilaian perkembangan perlu difahami bagi memastikan penilaian yang dijalankan adalah bermanfaat kepada kanak-kanak, guru dan ibu bapa. penilaian pemerhatian ini perlu dilakukan secara berterusan dan berulang kali supaya ia lebih telus dan berkesan.

LAGU PRA SEKOLAH


BAA BAA BLACK SHEEP



TANYA SAMA POKOK

BAHAN BANTU MENGAJAR



Friday, March 26, 2010

PRAKATA

Blog ini menerangkan dan membincangkan penilaian yang sebaik-baiknya dilaksanakan keatas kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah. Kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam melaksanakan tugasan yang diberi lebih wajar diertikan sebagai perkembangan ataupun peningkatan dalam kemahiran. Ia berlaku pada setiap masa. Kanak-kanak mengalami pembelajaran tanpa mereka sedari secara berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan. Pengalaman ini seterusnya meningkatkan kebolehan diri dan inilah yang sepatutnya dirujuk sebagai peningkatan ataupun kemajuan diri. Memberi nombor, kedudukan dalam kelas dan gred tidak mempunyai makna kepada kanak-kanak.